Friends Of Mine

Thursday, January 27, 2011

Petua Agar Rumahtangga Sentiasa Aman

Orang tua-tua berpesan kepada kaum wanita agar sentiasa hidupkan suasana iman dan amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan, maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari  Allah s.w.t. , rumahtangga akan dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita.
Amalannya ialah:-

1. Solat di awal waktu.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir.  Al-Quran hendaklah khatam 2 kali setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Di samping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan di mana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah, kita dapat mengingati Allah s.w.t.

Dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir, iaitu  "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar". Jika mampu atau berkesempatan,  boleh di sambung "Wa lah hawlawalaquwataillabillahi 'aliyil'azim" 100 kali. Selawat ke atas Nabi 100 kali  dan beristighfar 100 kali.

Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun, yakni  doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan seperti masa hendak makan, tidur,masuk dan keluar tandas dan sebagainya.
3. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

4.  Hidup sederhana walaupun kaya dengan wang dan harta.

No comments: