Friends Of Mine

Tuesday, January 11, 2011

Alahan ke? Baru nak ada?

Pregnant kali ni tak lah mencabar sgt..
Takde la aku kata x pening langsung, tak muntah langsung , x loya langsung
Itu mesti ada.. tapi masa 1st trimester aritu jek.. tapi alhamdulilah aku masih mampu berpuasa pada ketika itu
Betul lah mak kata, lain anak lain pembawakan nya.
Klw nak compare masa pregnant Haziq dulu, mak ai.. siap kuar masuk spital keje nya..
tengok rumah pon xde mood,.. asik nak balik umah mak jek.. (sib bek pon umah parent i dekat jerk)
Kali ni, aku notice aku sgt alergi tengok rumah sepah, bilik air x bercuci, dapur berkecah, bilik x berkemas dsbnya.. Sebelum2 ni aku ok2 jek klw takat sikit2 sepah rumah tuh.. tapi kali ni mmg aku x leh pegi lah!
Geram jek aku tengok penghuni2 umh tu sume..

This lately pulak.. aku asik rasa mcm sensitif semacam jek.. sedangkan aku adalah KEBAL ok! umpama kereta kebal yg aku pakai tuh. tapi tetiba rasa dlm hati ada taman lak. pantang cuit sikit mula la aku rasa nak nangeh! huwaaaaa.. Haziq buat perangai pun aku rasa nak nangeh.. kdg nangeh jek pun ( tapi bila aku terbaca klw seorang ibu tu menangis maka hilang 10 kebajikan anak itu~ insaf sekejap aku )
Aku tak suke nangeh! nampak cam LEMAH! tak suke x suke! Ngan hubs lagi lah.. yg mamat ni plak usah cakap la.. beliau mmg x berperasaa pon.. kdg nangeh pon dia tak tahu ko nangeh.. siap demand air milo panas 1 lagi! so.. nangeh pon x gunakan.. ! nak sensitip pon x guna kan.. xde kesan..

Pasal mengidam plak.. mmg xde.. dari pregnant yg dulu lagi mmg xde.. Sbb aku percaya, rasa mengidam tu sebenarnya dtg dr otak.. So otak kita kita lah kawal.. Lagipon aku baca , klw ibu yg mengandung tu mengidam benda2 yg susah nak cari atau pelik2 petanda mendapat anak yg x baik.. So.. mothers.. pls behave.. hehe.. Klw terasa tekak nak mkan pape.. ada benda terus aku buat jek kat dapo, takpun.. tunggu jek bebila g beli n makan, tak mengidam pun, badan aku dah membesar bagai johan dah pun.

Now dah cukup 36 weeks.. 4 weeks to go.. semoga dipermudahkan segalanya. Kerja2 kat office kebanyakan nya aku dah settle siap2  supaya esok2 takde lah ayah bising itu n ini. Cuma aku risau time aku pantang nanti, haziq mcmana ye.. papa beliau mungkin boleh take over task aku  a week jek. tu pon aku risau, beliau bukan boleh sikit ngan haziq.. kdg2 x ngam.. kdg ngam. Kang budak tu wat perangai takmo mandi, nak lap badan jek.. mau pagi2 buat dah melalak. kang mlm2 pulak klw nak mengajar dia lagi. mak aku mesti bz uruskan aku n baby. Lagi sape? mana ada! haha.. takpela.. semoga tika itu aku cepat sembuh.. supaya haziq x terasa terbiar..

Mission seterusnya selepas pantang adalah.. aku nak KURUS semula.. (kurus ke sebelum ni)  dgn keadaan mcm ni mmg kene harwork ni. Takpe. sume benda boleh buat,, takde yg mustahil kan. Nak cont buat kerja.. its already 9am.. jap lagi boss nak masuk da..

No comments: