Friends Of Mine

Sunday, July 17, 2011

Ubat Yang Tidak Boleh Diberi Kepada Kanak2 Bawah 2 tahun

Terdapat beberapa jenis ubat yang tidak boleh diberikan kepadakanak-kanak terutamanya yang berumur 2 tahun ke bawah. Antara ubat yang telah dikenalpasti memberikan kesan yang membimbangkan ialah :
METOCLOPRAMIDE
Metoclopramide ialah sejenis ubat yang meningkatkan pergerakan atau kontraksi perut dan usus. Apabila diberikan sebagai suntikan, ia dapat melegakan loya dan muntah akibat kesan sampingan ubat anti kanser. Apabila dimakan dalam bentuk tablet atau sirap, ia dapat melegakan loya, muntah, tidak selesa perut selepas makan serta migrain. Metoclopramide juga digunakan untuk mengelak pedih ulu hatibagi pesakit yang mempunyai masalah pada saluran tekak atau berisiko mendapat pedih ulu hati akibat asid berlebihan dalam perut.
Di Negara kita, kesan advers ubat ini telah dikesan seperti‘oculogyric crisis’ (iaitu kekejangan otot pada bahagian mata yang menyebabkan beberapa jenis pergerakan tidak terkawal), kekejangan, ketegangan pada leher, badan, otot, rahang atau belakang badan, dan masalah pertuturan

PROMETHAZINE
Promethazine digunakan untuk melegakan atau mengelakkan symptom alahan seperti gatal-gatal, bersin, hidung berair dan mata berair. Ia juga digunakan untuk mengawal mabuk laut , loya, muntah dan pening-pening. Selain itu, ia juga digunakan untuk mengurangkan kerisauan sebelum dan selepas pembedahan.
Boleh menyebabkan penekanan pada pernafasan yang boleh membawa maut. Oleh itu penggunaan untuk kanak-kanak kurang dari 2 tahun adalah dilarang sama sekali.
UBATAN UNTUK BATUK DAN SELESEMA
USFDA dan Health Canada mengesyorkan penggunaan produk ‘cough and cold’ tidak boleh digunakan untuk merawat kanak-kanak berusia bawah 2 tahun kecuali atas nasihat doktor. Ubatan ini merangkumi ‘antihistamine’ (ubatan untuk melegakan selesema dan kegatalan), ‘antitussive’ (ubat batuk) dan ‘decongestants’ (melegakan hidung tersumbat).
Kesan advers yang dilaporkan seperti sawan, degupan jantung kencang, kurang tahap kesedaran dan juga kematian.
Untuk kanak-kanak kurang daripada 2 tahun:
  • Tidak digalakkan oleh sebab kesan sampingan yang serius dan boleh membawa maut.

Untuk kanak-kanak pada semua peringkat umur:
  • Jika perlu memberikan produk untuk batuk dan selesema pada kanak-kanak, baca semua arahan dan label yang disertakan. Jika tiada maklumat tentang dos untuk kanak-kanak, jangan diberikan kepada mereka.
  • Jangan berikan kuantiti atau kekerapan yang lebih daripada yang disyorkan
  • Ambil tahu kandungan ubat yang ada di dalam produk terutamanya jika lebih daripada satu ubat yang perlu diberikan. Kebanyakan produk mempunyai kandungan ubat yang sama dan pengambilan berlebihan membahayakan.
  • Sesetengah herba yang digunakan dalam produk untuk batuk dan selesema juga mempunyai kandungan yang sama dengan produk yang lain. Pastikan kandungannya terlebih dahulu.Selesema dan batuk biasanya disebabkan oleh virus dan akan reda dengan sendiri jika mempunyai rehat dan air yang cukup. Tidak perlu panik dengan memberikan ubat batuk atau selesema. Jika ia berlarutan, barulah berjumpa dengan doktor.

2 comments:

Unknown said...

gud info..patutla bila g klinik ngan spital dia x bagi bli ubat tuk baby...thanks a lot..

Hiddy Asri said...

Thanks ya for the info