Friends Of Mine

Tuesday, December 18, 2012

Buat Ibu Bapa Seperti Aku

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”





~entri copy paste oleh kerengga~

Tuesday, December 11, 2012

Life of Pi

Akhirnya berjaya juga pergi tgk cerita ni. Based on a novel story. Biasalah ahkak kan kaki novel, novel melayu , omputeh , klw boleh urdhu pun ahkak sebat gak.

Thought citer ni dlm hindustan, tp english. Biasalah ahkak kan peminat tegar hindustan.  Hmm story ni nak suggest pergi tgk pun ok sebenarnya cuma jgnlah sampai terpesong akidah sudahlah ye. Pengajaran yg kita boleh kita ambil ialah tak mudah putus asa,  menghargai org lain, dan juga berani.  Cerita ni sbnrnya mengisahkan sebuah keluarga yg terpaksa menjual zoo mereka di India ke us. Dlm usaha memindahkan binatang2 tersebut , kargo yg mereka naiki karam dlm ribut di lautan pasifik. Cuma pi dan seokor tiger bengal yg selamat. Sgt thrill bila mereka duduk di dlm 1 bot dan tgl dilautan, survive dlm bermacam2 cara. Akhirnya pi tersadai di sebuah pulau.  Alamak akk x pandai sgt nak buat summary. Korang g tgk sendiri lah. Tapi takyah bwk budak x sesuwai. 

Oklah sambung nanti... till then.. bye

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 6, 2012

update sikit pasal " kg halaman" yg dah ada aeon

Bunyinye sangatlah jakun. Haha. Tapi mmg ku x sangka hometown yg aku dah duduk dekat 28 thn ni yg mulanya hanya ada pasaraya dinding je 20 thn yg lalu. Sekarang petik je apa nak semua pun ado. Duit je petik x keluar ye kwn2.

Aku sama aje. Idaklah ghairah sgt kat shopping complex ni. Haha tapi ahkak dah 2 kali pegi sejak 3 hari pembukaan. Ala ahkak kan suka makan. Haruslah tawaf tempat mkn dulu. Yg lain2 later on lah ek..  so point of view aku ni ok2 je lah aeon ni. Nak sampai kesana x smpai 10 min pun. Hebat tak?  Haha. Kampung lah sgt kan!

Aku suka.. next week boleh g mkn dgn bff yg mmg suka mkn jugak! Lebiew lah mate!

Cuma  1 kata yg selalu kupegang  before you spend, EARN.. tak guna belajar economies, acounting segala klw lejar sendiri asik x tally. Sekian sahaja coretan maklimah pulang subuh pada kali ini. Ju.pa lagi dilain entri. Keh keh!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday


Tuesday, November 27, 2012

Haziq & Amni

Sudah sangat lama rasanya mama tak menulis tentang perkembangan anak2 mama.. mama asik bz tulis pasal diri sendiri aje ye..
Cinta Hati MAMA

Yang pertama mama nak menulis tentang cinta hati mama yg pertama,
Haziq,
Perubahan ketara semenjak cuti sekolah ialah mama lihat haziq semakin kuat makan.  Dan kebetulan mama banyak masa untuk masak untuk keluarga kita. Mama balik kerja pun pukul 1 tghri? haha kerja apa mama ni? oh.. sebaiknya aku takkan  menulis tentang diri sendiri di entri ini.  Semenjak kita boikot MCd lebih kurang 3w yang lalu, haziq dah tak minta kita drive thru lagi tgh2 malam. Haziq pun boleh faham bila mama cerita tentang rejim Zionis yg menyerang semenanjung Gaza yang mengakibatkan ratusan yg terkorban. Alhamdulillah. Haziq macam papa, pagi mmg tak berapa lalu makan, tekak haziq akn beroperasi bermula dr lepas waktu lunch. Apa yg mama nampak haziq tak suka makan nasi, haziq prefer makan ayam goreng sahaja, fetucine carbonara, pizza, mi goreng, mis sup dan angkatan mi yg lain, dan juga beger otai. Semua yg haziq suka tu, mama buat sendiri , kecuali beger otai tu lah, sebab mama tak suka simpan stok beger dlm peti ais, nanti mama lagi "gebu".  Selain dr makan, haziq suka tidur lambat, ini lah satu masalah besar yg mama selalu fikir hari2 macamana nak bagi haziq ngantuk cepat dan ikut duration tidur yg sepatutnya bagi kanak2 seusia haziq. Kalau mama tak jadi tarzan, alamatnya pukul 2pagi lah baru haziq tidur, bagi mama takde masalah, tapi papa selalu bising kat mama sebab haziq suka tidur lewat. tapi mama selalu kata kat papa "mana tak tumpahnya lauk klw x kenasi" kalau ikut mama, jam berapa pun mama boleh tidur. mama mmg flexible.hehe

Now cuti sekolah, haziq takde apa2 aktiviti, mama nak hantar haziq ke kelas renang , tapi papa prefer thn depan, So tahun depan aje lah ye. And I hope you enjoy the moment sebab ni last school holiday yg haziq boleh bersenang lenang. Belajar pulak mama tak risau, sebab kalau ikut graf kanak2 seusia haziq, mama rasa haziq dah super advance.Boleh baca melayu dan English , simple maths, oklah tu.. takkan mama nak ajar haziq theorem pitagoras pulak kan? Tapi being my son, mmg haziq takkan ada honeymoon year. Sebab mama dari dulu pun mama tak pernah ada masa tamat untuk menuntut ilmu. Cuma mama harap haziq enjoy moment haziq semasa kanak2 ni. mama taknak jadi macam mama, dulu2 hidup mama cumalah sekolah dan rumah. Sebab dulu2 ayah mama selalu takde kat rumah sebab belayar, mak mama pula tak pandai bawak kenderaan, jadi mama cuma ke sekolah dan balik rumah tapi mama tak menyesal, sebab sampai sekarang pun, klw duduk dirumah lama2 mama x bosan. HAziq untung ada mama dan papa, kalau papa bz, mama masih ada untuk drive kesana dan kesini bawak haziq jalan2. Tapi mama paling suka bawak haziq dan adik pegi makan kan?

Sejak haziq duduk dengan atok dan nenek, mama lihat haziq dah pandai bacaan dalam solat, kalau tak haziq cuma pandai baca Al Fatihah je, mungkin anak org lain dah pandai, tapi mama x peduli, haziq anak mama, apapun hasil dr haziq adalah hasil dr didkan mama, mungkin anak org lain pandai solat usia 3 thn. tapi takpe,mama harap haziq istiqamah. Tahun depan mama hantar haziq belajar sekolah agama ye petang2.

Haziq pun kadang2 nakal, taknak dengar ckp mama, tapi mama x heran, sebab klw mama dah jd raksasa haziq sure takut, mama belum amik hanger lagi haziq dah lintang pukang lari. Kadang2 haziqjawab balik apa mama ckp, takpe.. sebab otak haziq mungking berfikir the other way yg mama fikir, jdnya mama positive takpe.. jangan risau.. mama ni org yg suka membaca, psikologi kanak2 pun mama baca, jgn risau.

Mama minta maaf kdg2 mama macam mak tiri, tapi mama kena garang, sebab kalau mama tak garang nanti haziq jd anakku sazali. Sekarang mama muda lagi. *eceh* sebab tu mama masih bertenaga menjerit2 sampai jiran hujung rumah kita pun boleh dengar suara mama. hehe. Mama cuma nak yg terbaik untuk haziq.

Tahun depan haziq masih sekolah di tempat yg sama, mama dah bayar dah. Pra sekolah yg mama register tu pun nampaknya kena tolak, sebab bila mama fikir2 , takpelah haziq cont je lah kat sekolah tu.. Lagipun mama risau di Pra Sekolah haziq belajar balik apa yg haziq dah belajar. N again, mama cuma nak yg paling baik sahaja untuk haziq.
ni result akhir thn haziq yg lepas, takpelah 1 je tak full mark. *tu pun mama dah jerit mcm tarzan yek?*

Buat puteri mama yg tercinta,
Amni
Amni dah berusia 1 tahun 9 bulan, lagi 3 bulan Amni genap 2 tahun. Mama lihat Amni sangat petah bercakap, apa mama cakap Amni ikut. Kadang2 Amni ikut cara mama membebel, kadang2 mama rasa mama takut tengok Amni dan Abang makin besar. Reason yang paling besar kenapa mama tak cari kerja yg lebih bagus adalah sebab kalian berdua, biarlah mama gunakan degree yg mama ada untuk kalian berdua.

Amni banyak copy abang, apa abg buat, Amni buat, mama beli doll kat amni , amni prefer main ultraman dengan abg. Amni suka tengok boboiboy dan dengar lagu. Lain2 amni tak suka. Amni tak macam abg yg kaki tv, nasiblah. klw tak ada 3 piring astro atas bumbung rumah kita. Amni boleh operate ipad abg, hp mama, dan note mama. Amni dah faham arahan yg mama bagi, contoh buang sampah dalam tongsampah,kemas mainan, hantar botol susu ke sinki dapur.  Mama harap umur amni 2 tahun nanti mama nak ajar Amni free diapers. Harap2 amni pun macam abg, 3 tahun boleh kesekolah dah.  Tapi mama tengok, Amni tak berapa friendly macam abg, org tak kenal Amni takan tegur, mama takut bila mama nak hantar amni kesekolah amni tak nak.

Amni pun suka menulis, main dengan buku dan pensel. Kordinasi tangan amni masih belum kuat, jadi amni cuma pandai conteng aje. Tapi takpe, at least Amni dah kenal buku dan pensel. Alhamdulilah, Amni pun dah jarang kena attack asthma, mama harap amni takkan kenal lagi.. bulan 1 ni setahun genap Amni tak diattack asthma. Mudah2an lah anak2 mama semua sihat2  mcm sekarang. Sebab tu lah agaknya mama pun makin gebu bila anak2 pun sihat.

Tahun depan amni akan dapat adik, maybe on April. tapi bukan adik kandung, tapi adik sepupu.. anak makngah, mama harap amni dan abg pun happy. Nanti kita jaga adik tu macam adik beradik amni dan abang juga kan. Sebab nanti mesti makngah n pakngah bz kerja.

Amni sgt senang tidur, amni banyak mewarisi sifat mama, senang beralah, pun sifat mama. suka menjerit pun macam mama jugak. Abg banyak copy papa kan? tengok je lah muka dia. haha. Tapi Amni pun macam muka papa juga.. kesian mama.. Tapi tak apalah, janji cukup sifat sudahlah ye. Amni tak perlu ditepuk bila nak tidur. Amni pun suka makan macam mama, apa aje pun boleh. Tapi mama tengok amni suka makan makanan yg pedas, kalau tak pedas amni tak berapa suka.

Semoga anak mama membesar dengan bijak dan sempurna.. Kalian berdua adalah harta dan anugerah yg paling indah dan berharga yg dikirimkan oleh Allah pada Mama dan Papa. Semoga jadi anak soleh dan solehah yg membawa Mama dan Papa ke syurga. InsyaAllah. Ameen

Monday, November 26, 2012

Bola dan Aku

Bukan nak ckp aku macam BOLA. hehe

Tapi.. dr dulu pun mmg x minat bola. Footballer? hmmm .. dulu2 adalah footballer suka kat aku, tapi footballer skolah je pun. tapi as well known mmg footballer sgt glamor even skul fotballer pun. Tak caya? tgk jelah byk footballer glamor2 kawin dgn sape kan? ahaha. my xperience yg mmg ramai 'fan' satu masa dulu mmg footballer punya awek cun2 (eh aku kah? dulu lah .. sekarang dah lain)  takpelah.. fan masa single takpe.. jangan terbawak2 sampai dah kawen pun nak kumpul 'fan' ye.. haha

eh tapi sebenarnya bukan nak ckp pasal footballer, citer pasal bola semalam. Aku sgtlah bosan asal weekend je mesti en husband tgk bola aje keje nya tak kira lah EPL ke SERIE A ke AFF ke hape kejadah lagi tah aku pun tak tau.. kadang aku layan, kadang aku layan drama kat tonton je sebelah beliau. KAdang time beliau lepak kedai mamak layan bola, boleh lah aku layah cerekarama..hahaha. org melayu biasalah! Tapi semalam anak pun takde dok umah mak, aku pun cubalah tengok pialah AFF Msia vs Spore tu. alahai.. bukan nak kondem, tapi nampak nya King Gopal tu dah bongok n tak kretip nak susun player dah. Ceh pandai je aku.Takpun player2 asik pk nak kawen or nak tackle artis2 kot. ee.. nyampah kan? tu lah baru hebat sikit dah macam2 cerita dengar footballer Msia ni. untuk org yg buta sukan bola macam aku ni tgk pun, aku rasa nak nilai tahap player ni mcmana  pun tak tau. main memang lah pakai kaki, tapi main or buat apa pun kena lah pakai otak kan. ini sampai passing pun x sharp. Haha. Husband aku mmg berbulu dengar aku komen macam ni, tapi nak wat cemana kan, dah bininya mmg gini.  Kesimpulannya, kepada model2, artis2, awek2 cun, hahaha jangan ganggu konsentrasi pemain Msia bleh? hahahaha.

Kalau sekali imbas, tgk EPL mmg sgt laju permainannya, tengok dorang main? huh macam aku tgk pakwe aku masa sekolah mainbola je beb! hahaha habehlah fan harimau malaya kutuk aku sat g.. LARIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKk

Saturday, November 24, 2012

Demam yang berpanjangan

Salam
Dah lama x update entri, selain dr malas ahkak kerengga sebenarnya demam selama 1 minggu on off.. selamat " derma darah" kat spital selama 3 hari.. nasiblah x admitted, cuma kena buat bloodtest selama 3 hari berturut untuk monitor platlet darah dlm keadaan yg selamat.

Since semalam alhamdulilah dah boleh bangun. Rumah pun senyap sunyi anak takde, dapur tak berasap, habuk sana sini akibat aku yg demam. Mmg lumpuh aktiviti rumah klw aku yg sakit. Memang diriku begitu berharga rupanya. Tempoh tidur pulak rasannya.  20 over 24 hours aku tido saja dlm sehari, mkn ubat je aku lalok. Sampai husband ckp pun aku dengar tp x faham. Syukurlah dah sihat.. bacaan bp pun dah ok. Padanlah aku asik pening mcm nak tejatuh bijik mata klw tunduk. Bacaan bp amat2 lah  rendah. Husband pulak tengok aku tido, dia pun nak challenge tido ngan aku, sudah nya rumah kami mlm sentiasa.

Tambahan pula aku period, bertambah2 sakitlah aku, senggugut tak pnh jemu menjenguk aku dr mula2 aku period lagi. Sampai da beranak 2 pun masih sama jugak, cuma mungkin ada kurang sikit dr zaman anK dara dulu.

Harini husband duty, maka memang cincai boncai ajelah acara masaknya.  Makan fetucine carbonara aje, haziq suka, mama tolak batu n kayu aje. Alhamdulilah seler mkn pun sudah pulih. Lepas turun 3 kg naiklah balik 4 kg.

Semalam tiba2 dikejutkan dengan berita skot husband terlibat dlm tragedi bot meletup masa eksesais. Mlm ke rumah beliau, menjenguk anak dan isterinya, syukurlah mereka ok2 je. Tp dihati hanya tuhan saja yg tau.. semoga suaminya cepat2 pulih. Begitulah risk jadi isteri tentera.  Tapi malang itu tidak berbau, tidak terkecuali jika itu ditakdirkan buat kita. Beringat sentiasa. Mungkin hari ini hari dia, esok siapa tahu kan?

Ulser dlm mulut masih sakit, nak bercakap pun rasa nak menitik airliur. Adehai... bilalah dapat cergas semula ni.. masa aku demam, husband belikan beberapa novel buat penghilang bosan. Tapi mcmana nak baca klw mata asik mengantuk kan? Kena marathon ni.. so ok.. kena tidurkan anak2 dulu. Till then.bye friends..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Selamat menyambut Maal Hijrah.. semoga di tahun baru hijrah ini membuatkan kita sama2 lebih baik dr tahun sebelumnya.. InshaaAllah

Impian di tahun baru, mcm biasa, nak jd ibu, isteri ,insan yg lebih baik dr sebelumnya. Semoga amalan compang camping selama ini dpt diperbaiki.

Cuti lg hari ni, aku? Selsema dan batuk stelah sekian lama berbangga tgk org sekeliling batuk n selsema tapi aku x jangkit. Muahaha. Manusia biasa kan, haruslah sakit. Amni dan haziq di rumah atok dan nenek. Dapatlah mama berehat melayan skt yg x seberapa ni. Terima kasih makngah yg rajin sgt melayan budak 2 org tu. Jangan la demam hendaknya.. tak larat pulak. Aku dan suami berlawan2 batuk dlm rumah ni. Aku suruh dia mkn ubat, dia suruh aku mkn ubat! Haha. Tp oklah dia bole picitkan kepala aku yg berdenyut2 td ni. Td pgi je msk mknn dlm perut ni, till now belum lalu lg..  aku tak kisah pun gemok, asal nikmat mknn tak ditarik balik. Klw x lalu mkn, apa pun x lalu la jwbnya.

Mata pun pns je ni. Nak demam kah? Aku ni bertahun x demam, klw sekali demam memang jwbnya  melepek tak sudah lah. Oh kena ingt selalu badan bukannya robot, robot pun kdg2 rosak kan?

Oklah tak de idea nak menulis dah.. akhir kata, salam maal hijrah buat semua readers!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, November 13, 2012

Ayam Penyet


Ditengah mlm nan syahdu ni, teringat plak ayam penyet yg aku g last week ngan tet n abg jam. Ayam penyet wang solo. Ih ih.. terangkat!
Kat manjung ni pun ada aym penyet baru bukak tp biasalah org ortodok mcm aku ni haruslah nak tgk ado halal ke tdk kan. Mmg xkan pg dah lah kot, since dorang bring up issue xde halal kat kedai ni..
Tapi sries mmg sedaplah mmg ori kot dr indon since staff2 nya pun dah pakai costume " jawa". Esok klw jd nk g tgk malaysia lwn hongkong bolehlah ajak en azri singgah kot...
Dah lama x letak pic ahkak. Hehe . Pic ahkak ngn partner incrime je yg ado, ayam penyet nan hado pasalnye ahkak nmpk mknn je trs nak baham, lps mkn baru tringt nk snap pic. Muahaha. Gasaklah korang nak ckp selekeh ke hape. People loves to eat is always the best people!!! Hehe

Published with Blogger-droid v2.0.9

Main Taip Je Nih

Boringnya dipagi2 cuti begini. Aku bgn awal.. biasalah dah namanya emak, haruslah bangun pg. Klw dah kesiangan mmg aku x reti nak wat apa dah. The hubs n amni masih tido . Peh peh. Dekat pkl 10 da ni oi!!  Haziq mcm biasa ku hantar balik kg seberang jln aje. Dah nama cuti sekolah kan. Kasi lah dia can beronok2 membuli hatok n nenek.

Pkl 730 aku dah pegi psr, hajat tekak nak buat asam pedas ikan merah * dapnyeee* alhamdulilah ikan merah pun ada td. Lala pun ada. Anak2 aku ni fav lauknya lala ni la.. ala siput lala tu, haiwan mcm kerang2an tu. Dah pkl 845 siap cuci semua lauk2 jap lg lah baru msk. Ni takde bekpes2 dah, lunch trs.

Haih bila lah nak kurus ye, klw psl mkn projection mmg awal. Cuba klw kerja wat mcmni kan dah kaya?  Nak2 partner mkn pun on je nak mkn apa. Haih haih

Dah tak tau nak taip apa, pen off dulu. Tata!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, November 3, 2012

Its 31 Thank Allah!

3 nov 81 -3 nov 2012
Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas hingga ke hari ini.  Terima kasih Ya Allah ats kurniaan rezeki, dan nikmat yg telah Kau berikan. Semoga Kau panjangkanlah umurku supaya aku boleh membahagiakan org2 yg aku sayangi.

Terima kasih kepada emak, kerana melahir dan membesarkan aku, terima kasih pada ayah yg mencari rezeki menanggung aku dr kecil dan juga mendidik aku hingga ke tahap ini.

Suami, terima kasih! Atas ucapan selamat hari jadi tadi dan segala kasih sayang yg dicurahkan selama kita bersama. Terima kasih anak mama haziq, sebab wish mama mendahului papa ,mama tau papa remind haziq . Terima kasih anak bongsu mama, wlwpun tak faham eeti birthday tp cuba ucapkan utk mama, thanks sayang...

Semoga hari2 mendatang membuatkan aku lebih matang selari dengan usia. Amin Ya Rabb..

* entri yg paling banyak words TERIMA KASIH

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 31, 2012

Entri Tanpa Motif

Sedang tunggu amni tidur.. dah dekat 12am. Haziq pula masih bereksperimen dlm bilik beliau. Gasak la anak.. janji kamu bahagia dan esok senang bangun pagi nak pegi sekolah, i've no big deal with that.
Sebenarnya takde apa nak cerita. Tapi takde cerita tak bermakna hidupku bosan. Tidak...  my life is going intresting day by day. Cuma aku ada terms n conds and pnc if aku nak ckp semua kat blog. Mungkin reader pun rasa dull je baca blog ni.
Tadi kebilik air masa cuci muka, sempat aku belek rambut. Selak2 helaian rambut. Tetibe! Jengjeng jeng!!! Jumpa UBAN. Haha. Ala ahkak x kisah pun. Rambut ahkak mmg byk chemical. * cis taknak mengaku diri tu dah tua ye. Cuma aku tetfikir masa membelek uban nan sehelai itu.. ahh da tua ke ni?ke pasal aku rajin rebonding n colour rambut masa dulu2. Then I realised that umur dah 30 and tu 1 of tanda2 penuaan. Ready x ready kena lah terima. Cuma harapan aku, supaya aku sihat supaya aku boleh terus bahagiakan org2 yg aku syg. 
Eh amni dah tdolah. Oklah aku nak sidai baju n sapu rumah kejap then zzzz. 
Tak syok lah esok nak hantar note ni g warranty.. sbb camera not function, for2 weeks ni blogging pakai bb je lah* klw makcik sempat.. ckp nak kencang aje
Thanks to those are reading until d end. Tak syok kan? Hehe. Nite n till then bye bye

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 29, 2012

Please dont do this at this blog

ni kat chat box tepi ni. aku jarang lak nak jengah. haih depa promote menda nih plak noh! please la.. dont come to my blog n make harrasment here im not intrested at all.!

Sunday, October 28, 2012

Salam Aidil Adha dan aktiviti untie kerengga

Tak terlewat rasanya untuk aku ucapkan selamat hari raya aidil adha pada pembaca blog kerengga ni. Salam Aidil Adha semua..

Aku mcm biasa tiap kali menjelangnya raya, mmg org paling bz kat dapur. Bukan psl terer sgt tp sibling ada 4 org je. Ipar duai pompuan lom ada. Adik no 2 pregnant. Biasalah org pregnant cpt pnt.. so kasi dia bahagian beli brg n jaga anak aku da lah. Haha. Harapan aku klw asik hat lelaki tu silalah cari isteri yg boleh tolong aku kat dapur, naik kembang dah kaki kakakmu ini dok kt dapo tiap kali raya.

Tambahan lagi aku dan keluarga aqiqahkan haziq. Ada lg. 1 bahagian. Thn lps dah settle 1 bahagian. Alhamdulilah selesai sudah. Husband tiap kali raya qurban beliau mmg antara org kuat pasalnye bukan beliau yg sembelih lembu tu, tp melapah daging lembu. Mmg letih kerjanya. Bayangla cik lembu tu besar mana, klw lapah sepeha pun cukupla. Mmg letih.

Selesai di surau, kami sekeluarga begerK ke shah alam, sebab 1 of my cousin nak buat house warming. Baru beli rumah utk istana hinggap. Kat sana kerjanya apa lg klw x mkn. Mlm bbq. Ada plak kambing, husband mmg pantang jumpa kambing, haaa amek berkipas tido mlm! Ahkak tak makan kambing so lilek je la. Lantak steamboat je bermangkuk2. Cousin2 yg da lama x jumpa bila jumpa mmg xde statement lain mmg semua ckp aku gemok! Ahaha. Ahkak x kecik ati.. ahkak kan senang hati sokmo, psl tu jd gini. Alhamdulilah. Happy sgt dpt jumpa family members. Uncle yg da lama x jumpa pun ada. Sgt shahdu bila dpt bersalaman dgn beliau. Sebabnya biarlah rahsia.

family gathering this coming nov kat lumut. Sgt x sabar! Mesti kd moment yg indah time tu psl mknn byk! Haha. Apa lg kan aku ni?

Rasa nak menulis lebih pnjang. Tapi mata aku ni da berat ptg2 hujan ni. Tido dulu lah ye.till then babai

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 22, 2012

Word Of Monday



Thursday, October 18, 2012

Thank You new Follower!!

Welcome another 2 follower. Wlwpun jarang2 menulis disebabkan sibuk menebalkan lemak, masih ada lg yg sudi jd follower. 

For info,  blog ni tak pnh pun dipublishkan di fb mahupun twiter. Sebabnya? Aku sukakan kebebasan menulis. Tp ayah aku jumpa juga url blog ni. Kihkihkih. Ala..  merepek je blog ni . Bukan ada apa pun. Tp kemerepekan aku ni rupanya ramai peminat. Yg silent reader lom campur tu. Eh perasan lak ahkak!

Pada adik2 yg baru follow blog akk. Insyaallah nanti senang2 akk bukak pc and follow u all back ok? .

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, October 14, 2012

Quick update

Its Saturday.
Bangun jam 630 sbb haziq n en papa nak pegi fishing kat ulu dedap. Tetibe je plan nak g mancing, sparingnya uncle aman yg innocent tu . He bring haziq along.

Aku kat umh bosan mcm nak mati. Nasik lemak yg aku msk bekal utk mereka xpun aku senyuh. Bole aku g hunting breakfast kat luar? Aku mmg masalah kurang mkn sikit klw sendiri yg msk. Since aku ngan amni je, aku pegi je la pasar todi kat sitiawan tu untuk beli lauk seminggu.

Sampai rumah, amni pun mood mcm ok.aku pun tertelan ubat rajin gaknya pagi2 tu dpt jugajlah aku ngemas umh aku yg lagaknya seperti kapal yg tunggu masa nak karam adanya. Siap mop lantai ats bawah. Mmg letih sesangat rasanya. Then aku bg amni tido. Ingat aku nak baca novel ke since aku x masak sbb hubs n haziq bukan ada pun. Amni makan aje apa aku suap. Tp malangnya dgn aku sekali hanyut  sampai pkl 4 lebih.  Bangun2 mengigil lapar. Dengan lutut yg terketar2 bangun msk nasi * ahkak perut melayu dekk* jadilah aku goreng telur dadar n lala goreng cili. Selesai msk aku kejut amni mkn sekali. 

Tapi anak aku sorang ni x boleh duduk sorang, keje nak meragam semua nya x kena. Jadi aku ajak beliau jln2 dlm kereta je la ke lumut...  balik en papa n haziq da sampai dengan hasil tgkapan udang galah . Hmm udang tu dah la hidup lg suruh aku msk mmg melompat2 la aku memotong janggut udang tu.takut kena kepit ngan udang. Klw ikan keli lglah jgn bg kat aku mmg ke longkang sudahnya ikan tu. Nasibla husband pun x mkn ikan yg nyawa liat tu.

Apa lg ahkak nak citer ek? Bosan mata xleh nak tido akibat tido byk sgt siang td. Oklah teman2 sekalian, bateri hp ahkak da nak habeh. Sekian cerita borung utk hari ini. Tatatititutu

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 8, 2012

powerbank to rob a bank!!

Abaikan tajuk yg sengal itu.

Ahkak da dpt da powerbank ni. Takde la ahkak gado ngan laki akk time nak caj hp ahkak dlm kete. 

Ohya sape yg da tau kegunaan powerbank ni takpela. Tapi bg ahkak yg baru je beli rasa ka skt kejakunan nya. Yela ai bole caj hp dlm handbag ko!  Byk pin dia kasi,bole la caj gadget2 ahkak.  Cuma aku concern time travel je. Kat umh pun concern jugak pasalnya cajer bb aku rosak, tumpang cajer asben. Bateri ahkak plak kong kene la selalu dok kat cajer hp ai. Dr beli cajer baru nor bateri baru aku prefer pakai powerbank ni. Sng aku hangkut dlm beg besar gabak aku ni. Aku ada 2 smartfon * ceh kunun bajet bz like hell la ni* bluek. So mmg batt laju je klw time kat luar.

Tapi kecewa sikit masa beli aku ada bbm nozie tanya kapasiti dia punya berapa, tp beloau bz kot lambt reply bbm. So x sabo beli je la.. aku punya kapasiti  half dr beliau punya. Tapi oklah.. da beli pakai aje.. oo sonoknye bat hp sentiasa pnh..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, October 7, 2012

Musim Konvo

Now musim konvo

Ramai coursemate dan mate2 masa study sedang convo. Yes! Bukan convo bachelor degree. We already did last 12y ago. And they are convo for PHD!  Congrats friend!

Tengok mmg senang, tapi aku faham mcmana susah payah nak pakai topi koboi tu dan jubah 3stripe tu. Its not about pangkat! Tapi cuma org yg pandai aje yg mampu menyarung jubah itu! Yes I did , I finished my 1st degree and wearing 1stripe of jubah. And stop setakat itu. Pnh aku bercita2 nak dptkan master b4 I'm 30. Tapi dah 31 , tak kesampaian hajat aku. Aku tau, aku mmh org yg beralasan.Some of my friend also got the family,job commitment and so on. But they can commit to finish their PHD. Some of them are jobless, housewife, but bukan itu yg aku pandang, but semangat yg berkobar2 nak study. Study yg bukan kerana dipaksa. bukan kerana nak naik pangkat, bukan kerana kehendak jabatan n etc. and yg paling penting studi dengan duit titik peluh sendiri,bukan di sponsor. oh im so respect of you guys!

I'm not jelous if you are wearing fareeda, gucci or so on. But I'm respect if you have a masters, and PHD. Sebab? Its not easy, and most of them study bukan kejar kerjaya but self satisfaction. Ada org cakap, blajar tinggi2 pun sudah nya duudk rumah juga, kerja x best pun! Org2 low class mcmni la yg menyebabkan mentaliti masyarakat nowadays hancur. What they see? Oh she is wearing handbag 4k, she is driving BMW, and bla bla.  Yes, its look so luxury when u afford to buy kinda things. But, if u are wearing those thing tp otak kosong? Tau nak bergosip x tentu harah, tulis status bangga at fb? Then? What they get? Oh maybe self satisfaction I guess..

Eh melalut,
To friends, Illa, Siti,En  Fairol (my previous lect) and others, congrats to you all. So proud of you. And good luck in carrier. I'm so jelous! Huwaa

Haziq and amni,
Studi rajin2 k.. Bole la mama pinjam jubah u all buat tangkap gambo kat studio. Agaga
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 27, 2012

testing again

Juz testing my new gadget

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, September 23, 2012

Anak Ini memerlukan kita! Repost again!

Kalau nak sedekah, tak semestinya dr segi kewangan, DOA juga sedekah. Tapi kalau berkemampuan dan ada lebih marilah sumbangkan sedikit..

Kisah Adik Solleh ini pernah aku tulis tapi x bole nak retrieve kat mana, aku tulis in hurry.. i got a proposal to write,, tapi reader boleh refer SINI http://aurajarinora.blogspot.com



mari bantu adik solleh ini.. Semoga beliau segera pulih. kasihan anak kecil ini, usianya baru nak menjangkau 2 tahun, tapi dah melalui dugaan ini, Hari ni hari beliau, mana tahu esok hari kita. Jadi, marilah kita sedekahkan doa buat beliau..

Semoga Solleh cepat sembuh acik doakan.. Amin Ya Rabb..


Wednesday, September 19, 2012

Semoga Perjalanan Nenek Ku ini Selamat Pergi Dan Balik

*abaikan pic makcik tu, eh btol tu makcik i..

highlight: nenek itu

beliau nenek aku.. panggil we...
aku sgt rapat dengan beliau.. tinggal tu je la nenek yg ada.. alhamdulillah

baru lepas call ckp dengan beliau.. beliau akan pergi mengejakan rukun Islam ke -5. Fly esok pagi..
klw x, nak menghantar juga..hubs dah apply cuti, n dah approve pun tapi tetiba ada exam pulak. Takpela.. nak buat camana. baru lepas ckp dengan beliau.. sedih rasanya... menitik2 airmata ni.. yo lah.. I kan drama queen.. aku cuma ucapkan selamat jalan.. selebihnya hanya kirimkan doa didepan Kaabah agar anak2 aku jadi insan berjaya didunia dan dikhirat, juga doakan rumahtangga aku, kekal bahagia hingga syurga. Tu je! tu pun meleleh air mata!

oklah nak siap2 g KL umah makcik yg sebelah tu.. esok nak menyelam sambil minum air. apakah?? jen jeng jeng!

Semoga We selamat pergi dan pulang, semoga mendapat haji yg mabrur.. doakan kami jua akan kesana satu hari nanti! sobs sobs

Lagi.............. "adam dan hawa"

" demi cinta dlm hatiku.. biarkan aku merasuk dlm hati..." lalalalala

alahai sukanya ka apis (hafiz) .. tapi knp yg duet dengan beliau kena siti nurhaliza? ih.. ahkak x suka siti! tapi bole la layan jugak..

makin lama tengok nadia nissa ni makin cantik plak beliau..  aroon? jgn ckp la... tu x payah tengok, dengar nama dah rasa nak meleleh air liur. 

ok .. ahkak dah habeh baca novel adan dan hawa.. kiranya tau dah jln cerita nya mcm mana, n ahkak jugak dah pasang pvr, untuk memastikan ahkak x terlepas walau 1 pun episod.

Taknak tulis apa kesudahannya...nanti korang yg tgk cerita tu x thrill pulak. tapi cerita tu cam tak logik jugak! tapi sebab peminat ahkak yg belakon, kita make logik sudaa laa ye... 

k.. till then.. daaaaa

Thursday, September 13, 2012

Demam Adam Dan Hawa

*ckp xmo tulis kat sini tapi tulis jugak*sukahatidakulah
I'll try to write here without any anger feelings.

Demam Adam Dan Hawa

Aku mmg x bekenan sgt tgk cerita sambung2 nih, menyakitkan hati ok! tapi bila kawan2 semua dok update citer pasal adam dan hawa ni. mulalah aku eager nak menengok jugak! Memula carik novel nya kat popular, takde! MPH je ada kot! tapi sini xde MPH. aku kan kaki novel, i prefer to read novel rather then tgk drama sambung2.

Tapi nasib baiklahmakcik engine ni aka nozie ni ado! bolehlah ahkak pinjam novel beliau. Tapi disebabkan kesibukan beraya dan rumah terbuka x dapek lah ahkak maraton novel tersebut lagi. rasanya baca pun paras episod sekarang . tapi gigih nak perabih laju2. klw dulu takat novel camtu 2 jam settle dah. now banyak komitmen terpaksalah aku dahulukan yg mana lebih penting.

LAst tgk epi 10. smlm x sempat tengok sebab sibuk beraya sampai dekat kol 12 baru balik.tak sabo nak tgk ain menggila.

Satu lagi, sukanya dengar ost cerita nih. tetiba kenapa lah jiwang sgt!


Wednesday, September 12, 2012

Rasa ingin menulis disini lagi... I'll come back one day. sayang blog ni, ada follower ramai at least aku tau ada ramai yg suka jengah kesini, at least naik gak rating blog ni. tapi aku prefer kesana.. lebih ikhlas untukku menulis.. disini hanya akan kucoret tentang petua2 parenthood or petua2 lain yg akan kucilok dr mana2. ..

Peace!

Wednesday, September 5, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Salam semua!

Baru nak tulis entry raya
raya sakan ke? tak lah. biasa2 aje
cuma raya tahun ni seronok nya ada double sikit lah sbb raya kat umah mak pak sendiri kan
wlwpon rumah mak pak sekangkang kera jek tapi raya ndak juge kat umh mak pak sendiri, wlwpun lauk raya aku yg masak * mmg tukang masak aku ni kat umh parents aku * tapi happy sgt2 . wlwpun ahli keluarga cuma beberapa org, tapi kemeriahan tetap dirasa. Mcmana la aku tua esok kalau anak ada 2 jek ek? sobs sobs!

Tapi raya ke -2 aku dah bertolak balik Batu Pahat and Muar *kg hubs * actually rumah arwah nenek beliau.  Rumah mil kat Felda Tenggaroh. Jauh seh! kalau dah nama raya memang keje duduk dlm kereta lah beraya. walaupun aku ni kureng sikit nak berjalan , tapi turutkan aje lah. nasib la setahun sekali jek, klw 3 kali. adehai.  anak2 pun nasiblah kesihatan pun baik jek. tapi Amni buat perangai taknak ngan orang sampai masuk bilik air pun nak ikut. ni yg buat aku rasa nak jd ular tedung. Yelah beliau mmg x user frendly sgt mcm haziq he can get trough ngan semua org. ye lah  lain anak lainlah peel nye kan. Nasiblah raya ke 4 dah balik rumah semula takde lah kembang sgt tengkuk aku asyik nak berangin jek.

Oh ya! Hari raya jatuh pada 19 Ogos kan? pada  hari tu jugak, merupakan anniversary aku yg ke -7 . semoga kekal hingga ke syurga. Hadiah?  mestilah ada. tapi x yah show off lah. Dah 7thn kawin xde la tiap2 tahun ada present,tapi hubs selalu tak pernah lupa. walaupun tengok muka beliau pun kdg2 mcm ular tedung , tapi boleh tahan jugak lah loving nya. eh hubs i hensem tau. sebab ada org admire lagi dah kawin pun! *grrr* haha. nasib lah ahkak pun boleh tahan deq!. *ni tak tahan ni puji diri sendiri*  . melalut lah nih. apapun aku harap ikatan nih kekal dan bahagia hingga hujung nyawa kami. biarlah apapun terjadi, dia dah maafkan aku , aku pun dah maafkan dia, adake org tak gaduh weh? ce ckp sket kat ahkak!Semoga anak2 kami membesar dengan sihat dan jadi manusia berguna.

Dikesempatan ni, aku nak ucapkan "selamat Hari  Raya Aidilfitri" pada semua pembaca blog aku , andai terasa, terkasar, *terperli* , terkutuk and apa saje ter yg  telah aku lakukan. InsyaAllah aku akan cuma tulis yg baik2 dlm blog ni selepas ni sempena "penghijrahan" aku. Cerita hijrah biarlah aku simpan sendiri. aku dah share dekat blog private aku. *jeng2. search la! search la!*Semoga aku istiqamah dalam apa jua perkara baik yg aku lakukan.

ok.. represent, pic raya aku. muka dah lemau sebab dah petang dan busuk baju tu . jadilah buat tatapan sendiri ye.

dan ini keluarga "besar" kesayangan saya..

Monday, September 3, 2012

Entri Raya~ tak ini bukan enry raya, just info

salam,
entry raya belum sempat ku taip. nanti lah ek, tunggu gambar studio ahkak siap! pic kat hp malas nak transfer. mcm2 alasan hehe.

dear follower yet stalker,
sabo ek.. nanti ahkak update. ahkak masih ado! hehe

Friday, August 10, 2012

Iklan Bernas Yang Buat Aku Tersedu Sedan

Kisah anak yatim, yatim piatu, sebatang kara.. Semua rakan2 pulang berjumpa keluarga masing2.. Tapi Ahmad & Fizi tak punya siapa2, Ahmad punya gambar ibunya semasa beliau kecil, rindu hendak kepusara ibunya. Mereka nekad untuk balik ke kampung dan menjengah pusara ibu Ahmad. Dalam perjalanan ke Segamat, mereka disuga dgn ketiadaan tiket bas dan keretapi, mujurlah mereka bertemu dengan semua lori beras yg kebetulan jalan kesana yg dipandu oleh seorang lelaki India. Pada mulanya mereka hanya menumpang secara senyap2 dibelakang lori itu, tetapi  lelaki India itu perasan dengan kehadiran mereka, mereka sempat sampai ke masjid pada pagi raya dan ke pusara ibu Ahmad.


Teresak2 aku menonton video ini. *biasalah aku kan drama queen* . Cuma teringat, harapan kalau aku dan suami tak panjang umur, adalah kiranya insan yg berbaik hati dr keluarga aku yg sudi curahkan kasih syg pada kedua anak-anak ku.. Semoga aku dan suami panjang umur dan dpt membesarkan anakku dengan sempurna. Duit tinggi berdiri klw ditinggalkan pun x berguna klw tiada kasih syg. Lagi buat aku tersentuh, Fizi seorang buta dan Ahmad juga pekak dan x mampu berckp dengan betul. Sayangilah ibu bapa selagi masih ada, kalau x mampu berbakti, cukup lah tidak menyusahkan mereka lagi. Melihat wajah tua ayah dan mak membuatkan aku semakin hari semakin takut. Semoga ayah dan mak panjang umur dan diberikan rezeki melimpah ruah dan kesihatan yg sempurna.

Credit to BERNAS..

Wednesday, August 8, 2012

Jom Laju2 Redeem Coupon ni Jom! Buy 1 Free 1

boleh dapati disini : http://m.mymcd.com.my/foldovercoupon/

gilos!
dah 2 mlm straight dok redeem mende ni, kunun sume kan grill x gemok la sgt! yg x gemok tu foldover yg gemok nya aku. huhu. takpela dpt pahala kan temankan husband makan.  Well im the fan of foldover , so.. rasanya esok mlm muntah dah kot makan benda ni. gila nak buat snek mende ni kot ye murah pun  hagak2 ler kan.. tak muat baju raya kang!

oklah kawan2 boleh gunakan link yg I bagi tu untuk redeem, no need to print just flash out kat casher tu, but available in ala cart only, nak drive tru pun bole, tapi 1 kete 1 jek ek..

ceh baeek punya promote at mcd ni mcm la aku dpt royalty kan?

eh eh, ada 1 pesanan penaja lah..ni psl sellers yg suka tag2 ni, benci I tau

dear ubat kurus sellers,
 dont tag me any diet product! im not desperate to slim ! im just happy the way I am! and I know that Im already gojes without ubat  kurus and carefull on your word and please ready with answer when Im start querying about KKM, Halal Cert, Sibrutamin ,drugs, FDA and others.Klw takat sellers letak pic tgh discuss ngan mat salleh , sorry, mmg tak caya dowh aku! Klw  tak tau sume tu please dont promote to me.and again, Im not desperate!


lg sedap ku makan ek? eh tapi 6month sekali aku buat total medical checkup tau! I ok2 je as long as I know my limitation.

k, bye , nak masak nasik bersahur kang.

tata

Tuesday, August 7, 2012

Persiapan Raya

Aku tgk kwn2 blogger dok update pasal persiapan raya,
oh I pun nak update jugak..

Seperti biasa,
List anak2 yg plg cepat complete dulu
Kalaudah complete pun, masuk kedai nak beli baju mak
Anak dpt lagi, dan lagidan lagi

Oh ya tema raya tahun ialah PURPLE
dan raya tahun ini adalah turn AKU
huhu
SUKA!
memula nak pakai RED (merah ang ang aku ckp)
tapi biasalah KING of THE FAMILY aka Haziq ckp
" takmo la mama.. mcm santa clause"
hmm.. aku pun x suka bebenornya
nanti I nampak tak putih plak
then as requested by haziq maka jadilah tema bajunya PURPLE
dan sekaligus segala tok nenek haziq, mak sedara paksedara haziq  PURPLE la jugek!
dah nama pun KING kan

sebenarnya dah 7 kali raya bersama
so dah rotate balik sbnrnya kaler purple ni tapi xpela.. 1st time pki pun masa masih pengantin baru
tapi takpelah, purple kan byk purple

Baju Melayu Haziq n papa da siap2 beli kat GENE MARTINO
suka betul aku kat kedai ni
nak kaler apa sume ada
pastu murah dan kemas gak jahitannya
baju Amni dan aku jek hantar tailor jahit
sebab aku kan cerewet sket

lain2.. tinggal dan tambah lagi sehelai dua baju aku dan en papa jek
pastu haruslah nak beli handbag baru, kasut baru
itu pun depend la klw aku tak pening tgk org kat shopping complex
klw tak, pakai jek mana ada
ahkak x kisah!

Teringat masa zaman single,
baju raya sampai 10 pasang!
gile ar
macam bls dendam beli baju klw nak beraya
itupun masa dah kerja la
klw time makayah belikan plg byk pun dpt 3pasang je
now.. suke tgk anak2 yg melaram bila raya
sape pun nak tgk aku kan
yg penting dpt makan rendang mak raya ni!
lain2 aku takmo tau

Kuih plak?
tak tempah pun
esok2 beli jek mana nmpk
selalunya aku akan beli malam raya
itupun kuih2 yg aku suka makan jek
lain2 aku sebat rumah mak punya

eh okla.. nanti klw rajin sebelum raya aku update lagi
lupa 1 benda!
nak ngecat rumah weekend ni!
chaiyok!



Wednesday, August 1, 2012

Things that I can't say NO

Semalam nak kata penat tak la penat, tapi pemalas yg beno nye
aku request kat the hubs menu nanti beli kat pasar ramadhan jek
Being my husband, selalu nya akan ckp "OK"

Then semalam, he fetch me from office
otw balik tu dia ckp "nak makan apa ptg kang"
aku ckp " as requested la.. Param jek"
dia pun ckp " OK .. tapi masak nasik ek"
aku  pun kata "laa.. nak kena masak nasik gak ke? tak jemu ke hari2 makan nasik? "
he replied " abang suka makan nasik kat umah.. nanti lauk je la beli "

Tuesday, July 31, 2012

Mari Ringankan Beban Yang Ditanggung Adik Solleh dan Keluarganya

Aku terpanggil untuk post entry ni, aku follow blog dia, berbalas komen di fb walaupun x pernah bersua muka. Dia seorang ibu, aku jua, aku punya anak sebaya anaknya. Tapi anaknya menghidap tumor otak. Boleh baca kisahnya sepenuhnya di SINI.

Tragedi JERUTAN Di Bulan Ramadhan *Al-Fatihah Buat Nur Shaleza Jaffar*



Al Fatihah Buat beliau

Semua pun tahu , punca kematian beliau adalah kematian mengejut

Walau apapun sebab nya,jika benar si suami yg membunuh beliau, semoga sang suami itu mendapat balasan setimpal

Sebenarnya tak nak tulis tentang beliau. Cuma pagi ni dpt bbm dr seorang teman berbunyi
" lyn, ko perasan tak eksekutif tv9 yg meninggal terjerut tu batch kita? matrix 99-2000 UUM"

Serius aku tak perasan pun beliau, walau siapa pun beliau. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman . Sumber SINI

Saturday, July 28, 2012

Nasi Minyak

Amaran: ini bukan entry resepi.



Kadang2 aku tak sangka aku bleh msk menu2 camni dgn tahap kemalasan yg ada masa zaman bujang2an dulu.. Tapi bila dah kawin, apa saja suami request sedaya upaya cuba realisasikan n make sure sedap kat tekak dia *klw x rasa nak bernanah telinga dgt komen beliau*

Sbnrnya nasi minyak ni aku buat 2hari lepas, sbb suami ckp, rasa nak mkn nasi minyak cam org kawin tu. N I was surprise, tak lama pun masaknya. Org ckp aku msk mcm charlie chaplin sbb kejap je da siap, tp x tau la, sape yg kenal mungkin tau sbb aku ada sopp masak sendiri.
Kalau rasa korang nak buat, gugel la resepi ek, aku pun gugel jugak, then ubah ikut taste dan kesenagan aku.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan -5 * tak sihat!*

Alhamdulillah, masih gagah berpuasa..
tapi dah failed 1 hari memasak utk suami dan anak2
sebab??

Dari puasa pertama lagi aku keja makan, muntah,
makan, muntah!
Apa punca pun tak tau!
yang pasti bukan pregant lah. *ceh kompom je ko kak!*
Aku bereksperimen la ntah2 tak boleh mkn berat,
aku cuba minum air dan sembahyang
tapi bila aku sujud bangun sujud bangun
aku terbuek juga kat sejadah!

Rasa nak nangeh.
Pregnant pun tak macam ni
tengok nasik rasa nak nangeh
sebab aku kan die hard fan of Nasik!
Da la hari2 makan nasik

Aku takde simptom pening ke apa
cuma bila makan akan muntah
n automatically akan loya
Family pun dah tegur nampak pucat muka aku
Muka aku mmg susah nak nmpk pucat
sebab keje bertempek makeup je  kejenya
*dah mmg xde natural beauty kan? boh je la makeup*

Itu laa..
Selalu sgt ngeluh..
tak pernah takde selera makan
tengok apa pun sedap
Now!
Tuhan dah kasi tak selera makan
tak suka plak ko!

I lost about 5kg dah
tapi tak ske
klw kurus dengan cara begini
tak cantik sudahnya
takde nutrien

Kesian kat hubs, dia suka aku masak
tapi aku bila masak aku xleh makan
tak apala.
Aku cubalah gagahkan juga
nak memasak untuk hari ni
Nak nasi jagung pulak beliau..
haih.. favo makcik ni!
nak buat pajeri nenas la..
sedap tu masam2 kering2 kan

Semoga selera makan ku cepat pulih..
Nak sambung keje..
kang nak balik awal plak g beli barang
Selamat Berpuasa Kawan2

Friday, July 20, 2012

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Salam Ramadhan dr saya sekeluarga, semoga ramadhan kali ini menjadikan kita lebih dekat pada yg Esa..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 19, 2012

Yeay! sunglass dah jumpa!

mekasih tuan kedai ! call saya dah jumpa sunglass kecintaan pn semut! kompom i beli baju raya kat kedai u nanti!

Monday, July 16, 2012

REzeki Bukan DiTAngan Manusia, Ianya Pada Allah

Semalam hubs tanya aku " yang , klw pointer below 2.7 takleh cont master  ek?"

aku cuma jawab " ramai org pandai la ni, mana nak boleh, zaman syg lagi dah tak bleh  at least 2.7 kot "

aku pun da tak ingat  sbnrnya berapa pointer yang minimum untuk qualify amik master, mcm course aku dulu, takat bawah 3.0 tak payah la berangan amik master.* Aku tak pnh berangan pun nak amik master, yg aku angankan nak kawen nak ada masterbedroom jek . tteeet*

Aku tanya balik nape nak amik master plak? Beliau kata nak habeh dah program degree beliau. *lama gile hubs aku ni amik degree, ada 7,8 thn kot * jgn salah paham lak, dia ni amik under Min Defence, so tu yg bleh aselehe perabih paper, klw amik seniri mampos bayo yuran. Plus komitmen kerja lagi.

MAybe beliau ada reason lain nak sambung master, takpelah.. as long as nak majukan diri, aku support jek * selama ni pun aku jadi tukang buai eseimen beliau* secara tak langsung x karat lah ilmu yg aku ada, yg ada ni apply jek la. tapi master nanti toksah soh aku buat lak, aku pun xde master. Apapun reason beliau, aku cuma pesan dan selalu sgt aku pesan bila disaat2 beliau down menghadapi kejaya yg penuh dengan provokasi " percayalah pada rezeki Allah, bukan org tu yg bagi kita rezeki, dia cuma perantaraan sahaja, yang penting settle part kita dulu, klw dibayar gaji,bayarlah dengan tenaga dan buah fikiran semula, tak payah di kejar pangkat sgt, klw dah tertulis sampai situ jek rezeki kita, jangan risau, bumi Allah ni besar, ada rezeki di tempat lain"

Ilmu dicari bukan untuk ganjaran kewangan semata2, tapi untuk perisai hidup, tak kelihatan bodoh walaupun banyak duit ataupun berpangkat tinggi.


Adios Amigos! kompom lepas ni bebulan xde entri baru. HAri ni aku load 2 entri. cukup la kot.  :)

Meh Padankan Muka Aku Lagi. :(

Semalam g hunting baju nak g dinner selasa ni, kali ni gi ngan hubs, *ntah apa mimpi nak teman aku g beli baju * sebelum tu aku pesan siap2 " g ni lama tau, syg pilih baju lama"  beliau angguk jek tanda setuju.

Anak2 aku tgl ngan kakngah. Bosan sgt katanya weekend, nah! amik anaksedara jaga.Maka berjalanlah misi nak cari baju dinner n baju raya sekali. As mentioned, aku mmg sgt2 cerewet plus dgn plussize aku ni, mmg x cukup 1 butik aku jejak. Berpeluh2 dlm fitting room. Hubs dah siap 2 beli paper baca jek while tunggu aku fitting baju. Ada yg aku suka, beliau tak suka, ada yg aku suka takde size. Eh,, tetiba tekejut da bleh pakai size 42?? Hubs biasalah, suka kaler terang2, aku pulak klw tgk baju terang ni, tak ubah mcm org baru turun dr bukit. plus dengan manik2 mengelip2. sakit mata den!

Penyudahnya dptlah sepasang, base on win2 situation, kaler maroon *hubs suka merah aku suka kaler gelap, jadiklah maroon* boleh lah buat tambahan baju raya aku karang, kain pun selesa. Aku suka pakai cotton sekarang ni, yelah.. anak lasak, kang aku do bershiffon2 habeh rabak semua kain.

Sebenarnya bukan tu yg nak cerita, tapi sunglass aku yg tercicicir :(.. actually xde la apa sgt. Tapi tu birthday present dr husband sempena aku berumur 30thn yg lalu. Plus aku sgt suka sunglass ni sebab sgt selesa. Lagi 1 i dont have any spare of sunglass.. huwaaa da la hari2 pakai . Aku tak tahan tgk matahari, berair mata. Jenuh aku patah balik setiap kedai yg aku masuk before.tapi x jumpa! aku bg no tel kat org kedai tu kot jumpa call aku balik. redha jek la.. klw ada rezeki aku ada la nanti, takde takpela.. nak buat cemana. Hubs gelak jek, dia ckp aku kalut sgt. aku kalut?? haih.

Last2 balik dengan perasaan sedeh.. takde mood terus nak lunch. *bgs lah bleh kurus sket* tapi? cemana nak kurus, balik membuta! haih bilalah nak hilang perangai kuat tido ni.

Mekasih lah husband, sponsor baju I.. nanti ganti sunglass I ye. I nak survey jap g kat optical blkang opis ni lunch time karang. EH? agaga

Friday, July 13, 2012

Blog sawang ada labah2

Wiuuuuuuu
Lama gak rasa x tulih blog. Yelaa ada can ngadap lappy time opis jek. Balik umah sibuk la.. Masak,laundry, ajar anak, dll lg yg sewaktu dengannya. Fedap gaknye orgbaca blog aku ni dah ituje rutinnya.. Tapi i tau.. Ada je org yg selalu jengah kesini menstalk page ni menantikan entri2 terbaru drku even entry TEST pun.. Ee... Nak update follow la.. Jgn malu2.. I ok je kot.. Dah sibuk sgt nak tau life aku.

Well... Life mcm biasa, cuma ramadhan semakin dekat... Takde persediaan apa2 just seronoklah kan bila nak tiba bulan yg penuh dengan barakhah. Semoga amalan kita dpt dilipatganda kan menjelang bulan ni. Jangan bazir2 time pegi pasar ramadhan nanti tau! Aku mcm biasa, puasa ke tak puasa ke, masak la kat rumah. Klw aku x masak kang, hubs kata dia mkn makanan x berkhasiat pulak. So mcmana bz pun selalunya aku akan masak kat rumah. So isteri2jgn malasmasak ye, besar tau pahala masak mknn untuk mengenyangkan suami dan anak2 selain terjamin halal dan kebersihannya.

Hari ni dah hari jumaat, hari semakin pantas rasanya, pagi ke malam, hari kebulan, bulan ketahun.. Semoga Allah panjangkan umur aku dan suami untuk mendidik permata hati kami. Amni dah banyak keletahnya, haziq pun semakin besar dan cerdik. Semoga anak2 aku sentiasa dibawah payungan rahmatMu ya Allah, serta jauhkan lah aku dari hati yang busuk, dengki dan khianat manusia.

Banyak entri sebelumni berkisarkan dugaan kepada aku mcm kereta rosak, hp x nyala.. Anak tak sihat, aku terima sebagai kifarah atas dosa2 lampauku.. Ada juga manusia yg pandai judge kenapa jadi benda tu semua kat aku, cuma aku nak pesan, jgn lah seronok sgt stalk hidup aku, tepuk tangan apa yg jd kat aku. Sebabnya aku redha ats semua ni.. Dan yg paling penting, aku x mintak duit ko pun untuk repair keta aku kan? Aku nak ngeluh ke, nak apa ke, suka aku ni page aku, tak suka xpayah baca.. And tak payah carik bahagia kat rumah org! Back off !

Kan da marah... X marah pun sebenarnya, cuma aku bole bezalah mana org pandai pandai org bodoh yg baca blog aku ni. Nak stalk tak tau cara sampai kantoi. Jgn sampai aku reveal identiti ko kat sini. Silap2 lakiko pun xnak kat ko lagi. Semoga manusia itu diberi hidayah. ameenn.

Nak cont kerja balik.. Geng2 joyah jd ke idak nak ngeteh kat mcd ni. Ngee

Sent from my iPad

Sunday, July 8, 2012

Test

Testing entry

This is just testing entry

Thursday, June 28, 2012

Down! Down ! Down

Ni kes keja tak siap
kena marah!
dengan boss aka pak aku la..
aku pun aselehe buat keja since dia takde 3 hari p kusus
*belit la ni*
salah siapa? sendiri salah la kan?
so! jgn nangis!

plus
client2 yg langsi ngan aku
nak barang cepat
tapi payment aku buat tegegeh2
Lo tak kuar2
time nak buat apa2 tak sempat subuh nak call
imagine!
7hb anta invoice 22hb baru process??
wth!
bayar gaji byk2 pun buat keja mcm t***

Aku pun ada overhead nak settle
mana nak cover modal, OH opis, gaji staff
dll lagi
dah tgh tahun
audit segala mcm.

Sape yg salah? A.K.U jugak kan?

pastu kereta aku dah la rosak
sbnrnya bukan rosak
tp aku kasi dia rehat sementara nak dapat gaji nak overhaul ketatu
sementra tu aku pinjam kete kakngah
bibah viva dia pakai minyak sikit, jimat la aku
tapi paking kat umah aku dlm porch bole 2 bijik je
so aku yg selalu sampai awal,
mmg bibah tu yg la masuk dulu
waja mmg dah pending kat situ so sebelah je la boleh pakai
hubs cucuk je luar pagar
tadi aku kuar awal
da la lambat bgn tido *mimipi merapu punya pasal lah ni*
nak anta haziq skul, dengan file belambak nak hangkut *rajin sgt buat keje kat umah*
barang2 amni lagi
imagine kelamkabut nya aku
hubs x kuar lagi, so aku kuarkan kete dia park leklok kat luar
tapi malangnya, byk sgt mkn kepala ikan bilis
terlupa kunci kereta beliau!

beliau bbm buat muka setan merah kat aku *marah le*
lagi spoil mood aku pepagi
aku cuma jawab "sory next time x wat lagik"
tapi dlm hati aku  ckp, xleh pk ke aku mana nak anta anak skolah,
nak hangkut barang masuk kete, nak kunci pintu, kunci pagar, then nak park leklok balik kete dia
tu nasib baik aku tak hangkut sekali kunci kete dia
lagi parah aku kena bebel kalau itulah yg terjadi
yelah! admit la mmg salah pun,
kot brg2 dlm kete dia hilang ? kan?
salah sape?
A.K.U la lagi kan?

ala.. da lama x stress kan? sesekali kena la stress
org lain keja lagi kena maki hamun
ko sikit je kena pun!
tu pun bergenang2 air mata

dah, tu je nak bebel.

Monday, June 25, 2012

Takde apa nak update plus takde idea nak menulis, nanti kite corat coret byk2 bila dah ada idea nanti!

Peace! Follower.. I'm still alive! Agaga
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 14, 2012

Homework

Hubs da takde nearly 2w dah.. Tapi mmg perangai aku xkan reveal husband takde kat blog ke, fb ke twitter ke while hubs xde.. Memang bosan.. Tapi dah nama wife askar, tinggal tu perkara biasa, alah! Bukan g perang pun. G kusus je pun.

While beliau takde, mmg sgt2 takde keje, masak pun tak, basuh baju 4hari sekali.. Selebihnya aku mengadap novel. Mmg hobi dari sekolah keje baca novel je. Dulu sekolah takde duit nak beli byk2. Sebulan leh beli 1 jek. Jenuh kayuh beskal g kedai buku , pastu pakat2 ngan member tukar2 novel. Tapi mcm biasalah, balik kat aku mesti lunyai novel tu. Sepeninggalan husband aku beli 5buah novel ni. Ada tgl 2 buah je yg x baca lg. Yg lain dah habeh. Klw ada husband dia akan ckp "mama bila da stat baca novel tebal tilam lupa la nak wat menda lain" . So ayat tersiratnya jgn leka dok baca novel while beliau ada.

Yeay!! Esok da khamis.. Beliau pulang! ☺



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 12, 2012

Jatuh cinta *tak habis2*

Omg!
Suka nya kat Galaxy Note.. Nak2 lps test drive mama mya punya td. Ditambah pula dgn BBengong yg asik wat hal. Perlukah?perlukah? Kena wat solat hajat ni!

Seperkara lg, wajalution tempnya naik lg td. Tetiba aircond blow! Kang aku beli civic hybrid baru tau! *tipu ni jgn caya!*

Aku taknak ikut kata hati, nanti mati. Tapi bukan mati, nak raya ni, habeh duit kang! Byk lg list yg belum tick utk thn ni.. Note msk je list thn depan. Kot bole dpt 8rat.

Sekian entry panas dihari jerubu !!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 10, 2012

EURO2012 & Astro Beyond

Ceh mcm la minat sgt bola! Nop guys im not the soccer fan! Klw shaolin soccer aku suke. Tapi hubs mmg die hard fan of soccer. So klw ikyt time europe opkos la bola main tgh mlm yedak? So aku decide bentang aje tilamtido depan tv. So untuk sebulan nitido luar je la.. Tak syok la tido sorang klw hubs tgk bola kat luar akan.. Tetttt..

Tetiba rasa cam nak subscribe astro beyond. Sebenarnya da lama pk. Tapi cam bazir je rm20 untuk tgk benda yg sama kat tv kan. Tapi sempena EURO2012 ni sape ygxde beyond channel yg euro tu x dapek la kan.. Tgk yg biasa je.. Nak Subscribe beyond bermakna bil skrg 79.90 so plus dengan 20 jadik dekat hundred juGak. Baik subscribe superpack terus, dpt sumechannel. Tak payah aku wT keja lain, ngadap tvje. Huhu.

Sebenarnya bukan nak tgk euro sgt, bebenornya nak subscribe superpack tu.. Bleh tgk movie.. Ngeee.. Tak diskas lagi ngan me hubs. Selalunya hubs akan angguk je. Tapi aku kan kedeks.tu yg klw bolesemua nak cut cost. Hehe

Esok keje dah,. Kejap rasanya weekend ni... :(

Sent from my iPad

Thursday, June 7, 2012

Terjaga ditengAh malam

Pukul 3 Amni terjaga minta susu, now dah dkt pukul 5.. Aku masih x mampu nak lelapkan mata. Nak baca novel , gelap pula..klw psg lmpu nnti jaga pulak para2 sakura ni. Bila bergelap ni mcm2 terfikir, tapi yg byk menerjah pala otak ni psl pendidikan anak2.. Biasalah dah jd mak ni apa lg yg difikirkan selain dari pasal anak.. Aku masih lg berfikir utk tukarkan haziq ke tadika islam tahun depan.. At the same time aku takut dia rasa x best pasal dah almost 2 y haziq disekolah tu. Tahun depan tahun terakhir haziq di pre school. Tadika sekarang bukan x bgs ..cuma biasalah tadika sekular, of course la pendidikan islam tu kureng sket dr subject2 lain. Aku nak la anak aku master nama nabi, malaikat, dan lain2 basic yg lain. Now pun baca doa makan, tidur, masuk keluar toilet, doa study and after study. Rukun iman, rukun islamboleh dahla,.. Tapi klw bole aku nak la lebih kan.. At least master la bacaan2 dlm solat b4 umur 7 thn ni..rukun solat n tertib solat nmpknya okla.. Bukan aku x leh ajar kat rumah bacaan tu , tapi as bebudak dorang ni lg cpt belajar klw bacaan tu dibacakan ramai2 .. Haih.. Dilema sungguhb.. Wlwpon lmbt lg urusan nak tukar nya.. Lebih kurang 6 bln lg..

Dah dekat pkl 6.. Rasa cama nak lelap ke xnak ek. Kang nak bangun liat plak. Baik pegi lipat baju sblm Amni bangun..




Sent from my iPad

Wednesday, June 6, 2012

Dugaan Lagi

Wajalution baru je masuk bengkel last week, tukar lower arm yg dah pecah, padahal penyakit asalnya adalah tersengguk2. Bengkel ngok ni pun aku ckp prob lain, lain plak dia buat. Kena dekat 3ratus. Kalau 3ratus blom gaji lagi kan besar maknanya? then HP aku at the same time tak mau hidup. Hang! Hantar kedai kena 80ringgit plak. Have to lah kan! pasal tak tau buat sendiri *malas nak pk bebenornya klw dulu tau je aku menggodeh2 takat software prob ni*

Hari ni , kereta sengguk lagi. Kereta auto jadi macam kereta manual. Masuk D kena tekan minyak slow2 kalau tak mati enjin. Aku berdoa, prob kali ni jangan la kena mahal2 lagi. Sedih rasanya. Aku ni bukan jenis org suka perabih duit kat keta. Asal keta boleh jalan sudah. Isi minyak penuh2 pastu jalan je. Nak tukar spotrim ke, tukar itu ini mmg tidak lah. Kalau aku mau cuci kereta tu pun dah cukup baik. Ada org ckp tukar je kereta tu. Tukar? tukar means that aku kena berkomitmen lagi 7-thn. hmmm. tak nak la.. aku rasa org yg paling bahagia di muka bumi ni org yg takde hutang kereta tapi ada kereta. Bersabarlah untuk masa terdekat ni. Lagipun buat jalan jauh2 aku guna kereta husband je.

HP plak asik kehilangan data jek. Macam dah bosan pun ada pakai BB ni. Nak2 plak mama mya dah pakai NOTE. tegedik2 lah aku nak tukar NOTE jugak. Tapi rasanya selagi BBengong aku ni boleh guna, pakai je la. Tengoklah kalau projek bulan puasa nanti menjadi, boleh lah dipertimbangkan.  Husband kata takyah pakai torch dah! extra sensitip! pakai je curve yg lama tu, nak baling pun bole. huhuhuhu.

Semoga aku mampu tersenyum bila nak keluar duit repair keta kang. walaupun hati menangis. *huwaaaaa* Banayak lagi org lebih besar masalah dari ni, ramai lagi org tak makan di luar sana, so takat problem kereta ngan hp apalah sgt kan? *sabar! sabar!*

Monday, June 4, 2012

Kedah Darul Aman.

Weekend ni sgt2 bermakna buat aku sefamily (mcmlah vacation p Paris ko!) Kenapa bermakna sgt2?Pasalnya aku mmg dah lama ajak husband g JJCM g Penang, well biasa Penang mmg tempat makan yg sedap kan, bg aku lahh  , then shoot trs pegi Kedah . Apa istimewanya Kedah pada aku? *dulu tak istimewa langsung aku rasa* Aku study kat sini dulu.. so all the memories masa muda dan zaman kegemilangan disini. Disini lah negerinya aku bergelumang air mata,riang ria , rindu dendam pada family dan boypren, selama 4 tahun untuk mendapatkan segulung ijazah. Dah lebih 8 tahun aku tinggalkan negeri ni. Dan dalam masa 8 tahun ni, ada lah kot 3kali aku jejak kan kaki ke negeri ni selapas tu. Husband pun faham aku mmg rindu nak datang kedah lagi sebenarnya.. tu yg dia layan kan je. Cuma sampai dah malam so tak sempat nak ke UUM. but husband bawak aku makan g tempat favorite aku kat jitra ni. Walaupun pada husband takde la istimewa sgt, tapi memori kan.. memori makan nasi bungkus bersama kawan2. Melewati bank2 tempat kami cuck duit perabih duit PTPTN pada masa tu. Sekarang letih nakl bayo! Masa tu nak makan KFC dari UUM tempat yg terdekat hanyalah di Pekan Jitra .. setengah jam lebih baru sampai dari UUM. Sekarang? highway punya besar , kat Changloon pun ada dah nak makan KFC. Bukan nak makan KFC je,. bowling, supermarket pun ado! masa aku disini, kedai runcit cina bukit ada lah.. lepaslah nak beli syampoo rejoice *pantene xdo ye adik2* punyalah daifnya pekan tu pada masa tu, agaknya pasal kurang kemudahan la aku pulun nak perabih cepat nakbalik hometown even hometown aku taklah bandar sgt masa tu.  Well disinilah mengajar aku erti hidup, bersesak2 dlm bas nak kekuliah, bas penuh nak cepat jalan kaki sampai bepeluh ketiak sampai dewan kuliah, zaman takde air, zaman banjir di UUM.. wah!!!!! banyaknye memori...

Sebenarnya bukan nak cerita trip sgt, nak cerita sampai kat kedah je pun.. semoga aku berpeluang kesini lagi untuk tunjuk kat anak2 ku dimana ibunya menuntut ilmu, menceritakan jerih payah menuntut ilmu. *poyo*  gambar blom transfer lagi.. semua dlm ipad haziq, hp aku bateri habeh masa tu.. well aku takde dg cam? ada sesapa nak sedekah?ngee

Wednesday, May 23, 2012

Testing

Testing123

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu Mama,Mak,Mummy,Amma,dll yg menyandang pangkat IBU

IBU...
IBU..
Engkaulah ratu hati ku..
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
IBU
IBU
Engkaulah ratu hati ku..


Bukan semua orang berpeluang menjadi seorang ibu, jadi berbanggalah dengan gelaran itu.. Sandanglah amanah Allah itu dengan sempurna...

Aku punya 2 orang para-para sakura.. 1 lelaki, 1 perempuan.. Yang mana keduanya melengkapkan hidupku dan suami.. Menjadi seorang ibu memang bukan mudah.. Dari celik mata hingga tutup mata, pasti ada sahaja yg difikirkan tentang anak. Anak pula dalam melengkapkan rutin harian sebagai kanak2 pastinya kadangkala mengundang amarah si ibu.. Sebagai seorang ibu, seharusnya kesabaran itu yg paling penting. Bagi aku, kdg2 terbabas juga kesabaran aku, tapi bila melihat wajah suci mereka ketika lena mereka, hilang semua onar yg mereka lakukan yg membuatkan aku lelah..

Wlwbagaimana pun I proud to be a mother.. Begitu juga emakku , yang susah payah membesarkan kami semua.. Memang aku sendiri mengalami nya. Memang bukan mudah! Sejak dari seketul darah didalam rahim, menjaga seorang anak bukannya mudah.. Kerana itulah pahal jihad diberi kepada ibu-ibu yg melahirkan.. Semoga aku berjaya mendidik anak2 ku hingga ke syurga.. Mama sayang haziq amni.. Selamat hari IBU untuk diri sendiri dan juga emakku..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, May 10, 2012

Lagi Produk Pelangsing Dirampas

KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama  wanita yang gemar mengambil sejenis produk  melangsingkan badan berasaskan buah acai beri,  diminta menghentikan amalan itu kerana ia  disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang  membahayakan kesihatan.
Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk  yang sudah setahun berada di pasaran itu  mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan  kesihatan.
Menurut Timbalan Pengarah Farmasi (Penguat  Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar  Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat  campuran bahan kimia beracun `Sibutramine  Hydrochloride’ dalam produk kesihatan  menggunakan buah yang kaya dengan bahan  antioksida itu.
“Bahan kimia itu sebenarnya boleh diambil atas  arahan dan pengawasan doktor, namun  pengambilan tanpa dos yang sesuai dan  dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan  dan menyebabkan kematian.
“Bagi produk keluaran syarikat ini, kita tidak tahu  berapa dos `Sibutramine Hydrochloride’ telah  dicampurkan. Pelanggan mungkin dapat  melangsingkan badan selepas menggunakannya  tetapi tanpa disedari kesihatan mereka terjejas  akibat kesan sampingan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita  selepas mengetuai serbuan di pejabat pengeluar  produk berkenaan di Jalan Puteri 5/5, Bandar  Puteri Puchong dekat sini hari ini.
Serbuan pada pukul 10 pagi itu disertai 11  pegawai penguat kuasa farmasi dari Jabatan  Kesihatan Selangor, Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (Jakim) dan Bahagian Penguat Kuasa  Farmasi, Kementerian Kesihatan (KMM)  termasuk Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid  Wan Ibrahim.
Sebanyak 120,000 kotak produk kesihatan  bernilai RM375,000 dirampas dalam serbuan  tersebut, manakala Jakim turut mengesahkan  syarikat berkenaan menggunakan logo halal  keluaran swasta yang kini sudah tidak  dibenarkan.
Menurut Jaafar, selain pejabat pengeluar di  Bandar Puteri Puchong, beberapa pejabat  pengedar dan rawatan produk berkenaan di  seluruh negara termasuk di Seri Kembangan dan  USJ Subang Jaya, turut diserbu secara serentak  hari ini.
“Serbuan dilakukan setelah seorang pelanggan  membuat aduan bahawa dia berasa tidak selesa  apabila mengambil produk tersebut dan hasil  analisis yang dijalankan terhadap produk itu  kemudian mendapati ia mengandungi  `Sibutramine Hydrochloride’.
“Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut  dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan  kemurungan, psikosis atau halusinasi; risiko  tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala  serta mempercepatkan denyutan jantung,”  ujarnya.
Beliau berkata, kesan sampingan lain ialah  pengguna mengalami keseronokan melampau,  perubahan selera makan, kegagalan buah  pinggang, pedih ulu hati, sembelit dan susah  tidur.
Katanya, setakat ini, sudah ada seorang wanita  berusia 33 tahun dari Kampung Gunung Keriang,  Alor Setar, Kedah, dilaporkan maut akibat  mengambil produk kesihatan mengandungi bahan  kimia beracun ini untuk melangsingkan badan. – mynewshub.my

 Sumber :SINI

Semut Merah kata:
Baru plan2 nak makan menda alah ni, kata nya cepat kurus, tapi sbnnya aku takdelah nak kurus mana pun, cuma klw gemok stamina kureng, cepat letih. lagipun aku tau aku cantik klw gemok pun. Tapi dari testimoni yang aku baca kat page reseller acai berry ni mmg la semua customernya ckp kurus cepat. Sebenarnya aku mmg sangat2 particular bab2 nak makan ubat kurus ni, pasal tu lah kalau aku dapat info psl ubat kurus aku akan search kat laman web jakim (status halal) then kat web kementerian kesihatan (untuk pastikan ianya selamat) maklumlah bukan doktor, tau sume nama2 saintifik yg ada kat botol tu kan. Anak 2 org tu sape nak bela kot aku mati ke gila ke kan? Terdahulu salah satu produk Sendayu Tinggi kena rampas, juga contents Sibutramine  Hydrochloride. Boleh search apa Sibutramine  Hydrochloride ni  dan kesannya kat gugel eh. Aku tau sgt2 dah klw ubat kurus ni mmg selalu ada side effect, masa aku study ada kawan kasi duramine, masa tu berat 55kg je pun. gatai  nak kurus lagi. mak ai mmg la,.. masa tu naik tangga balik bilik tingkat 3 rasa naik gunung Kinabalu, then malam tak boleh tidur, heart beat jadi laju. mmg selamat ubat tu masuk tong sampah < sempat 2 bijik je kot aku makan. Banyak cara bole kurus sebenarnya, gi bersenam ke, berenang ke, kurangkan makan, ikut betul2 cal yg dicadangkan dlm every meal per day, gerenti kurus, klw x kurus pun at least badan sihat lah. Macam aku kalau kurang makan nasi selalunya akan kurus laju je. Tapi aku kan org Melayu, makanan ruji nasi, kena lah makan nasi, kalau tak , tak larat tarik selimut nak tidur malam2. ngee. Nak jaga anak 2 org lasak2 tu.. haruslah perlukan tenaga yg byk nakn jaga dorang *alasan nak makan banyak*. So sesapa yg rasa nak amik ubat kurus tu pk2 lah ye.. takde jalan singkat babe. Tapi ada 1 la makanan kesihatan yg boleh recommend.. herbal life ops.. i bukan agent ye.. aku rasa tu bagus. tapi klw nak ikut program mknn tu mak ai.. mmg mahal giler la. boleh ke makan menatang tu je xyah makan.. huhu.. itu bukan ubat diet, tu MAKANAN KESIHATAN.  So peeps.. Say no to ubat diet k!

Sunday, May 6, 2012

Kepada blog...

blog,
Tuan mu minta maaf kerana jarang menjengukmu kebelakangan ini,wlwpun capaian internet ada dimana2 tp aku masih jua x dapat meluangkan masa untukmu...

Kerana.....
Tuan mu ni tidak sihat. Demam kdgkala kebah kadangkala tidak, adanya keadaan ini berulang esok, maknanya haruslah aku ke hospital untuk membuat ujian darah. Menjelang maghrib, segala tulang temulang, urat sendi semuanya bagaikan berbisa... Adakah denggi? Harap2 tidak..... Kerana masih byk tanggungjawab yg blm diselesaikan menjelang minggu ini...

Blog,
Byk perkara ingin aku coretkan padamu.. Byk entri tertunggak aku ingin sisipkan.. Tapi apakan dayaku.. Aku x daya.. Lagian.. Tuan mu ini jua kuat tido.. Asal dapat peluang mesti tido.. Inikan pula telah menelan segla macam ubat2an , lglah.. Tuan mu ini terawang2...

Jadi blog,
Pandailah kau menjaga diri tatkala tuan mu ini sedang berehat agar follower yg ada dpt dikekalkan..

Pada kawan2 yg sudi menjengah wlwpun tiada entri. Terima kasih diucapkan.. Doakan saya cepat sembuh ya!

Yang benar,
Raksasa Semut Merah


*maaflah ayat x bleh blah punyo!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 27, 2012

Compliments dari Astro

10hari start arini boleh tengok semua channel kat astro. Aku suke gak la.. Tapi cemuih gak lama2 ngadap tv. I prefer reading than watching tv. So xdela bermakna sgt compliment ni pd aku, but to my hubs maybe yes. Dok melengu layan movie 1 per1 dr petang tadi. Maklumlah, package yg kami pakai basic channel, klw lebih pun ada cartoon n sports channel jek. Giler nak subscribe byk2 ko, nak bayo 2bijik astro kat umah ni.

Tapi td aku gelak mcm jin gak la tengok super spontan.. Takde warna kan... Tu yg dok tgk super spontan ulangan 1per 1.. Sampai hubs kat bwh sound "oi! Mcm jin!" ☺

Kebetulan haziq tido umh nenek, menunggu makngah tersyg beliau balik, adalah can aku nengok tv.. Kalau x keje berinternet takpun baca novel je la keje aku.

Ahad ni haziq nak masuk pertandingan mewarna kat lumut..alahai malasnya aku nak g. Tapi since he so eager to go. Bawak je lah nanti.. Support la sket kan.. Dah anak. Yg malas nak cari parking n berpanas2.. Haih.. Aku kan puteri lilin skrg, aktiviti berpanas2 mmg malas dah. *byk duit I habeh kat spa nak kasi kulit cantik u* ☺buwekkk

Mata dah mcm ada lori 3tan dah ni punya beratnya.. Tido dulu friends.. Btw thanks for visiting here everyday... Muahs muahs
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 24, 2012

Today d hectic day

Now near to 12, aku baru baring untuk harini. What a bz day.. Tadi kelam kabut siapkan beberapa akaun sbb nak hantar ke lhdn asap. Plus husband bbm , kene bring wife untuk bbq farewell 1 of d officer kt office beliau. Aku plak mmg tgh gemok gedam, baju pun tadak. Aku tibai je pakai baju kurung pahang yg besar gabak. Tak kisahlah, g makan je pun. Nak g beli baju pun malas, nanti aku nangeh dlm fitting room. Time makan ko happy mcm jin ye lyn! Padan muka haku. Tak kisah lah, gemok2 pun masih ada manusia rabun yg ckp aku umur 24thn.. Huuuuu byk diskaun tu. Time kasih! Har har har.

Nasiblah amik haziqamni tadi mereka dah mamai nak tido.. Balik lewat pun mesti nak kena amik mereka berdua. Nanti rindu.. Lagipun esok haziq sekolah.

Ada derita yg aku tanggung ni, sakit gigi.. Adoi. Org kata sakit gigi sakit no 3 lepas sakit nak mati dan sakit beranak. Sakit beranak aku da rasa, tapi lupa dah *bole la beranak lg kot da lupa* sakit mati belum rasa. Kira sakit gigi ni sakitlah.. Nak g dentist pun sure dia soh aku balik kasi reda dulu baru buat procedure. Aku telan paracetamol je la. Moga2 bole baik esok, aku nak mkn lontong esok. *makan lagi*

Cerita harini xde moral of d story, kesimpulan pun simpulkan lah sendiri. Aku nak tido dah.. Husband kat bawah nak layan bola, gasak dia lah. Sok jangan aku kejut xmo bangun udah. Tido dulu la ye..... Daaaaaaa
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, April 21, 2012

Da lama juga x update blog, bz plus malas juga plus rasa menyampah dgn stalker2 yg mensemakkan hidup aku. Nak baca2 je la bz2 nak tgl komen pehal? Klw berani tulihla ko sape jgn pakai nama anon plak. Vongok punya mangkuk!

Now tgh period pain yg teramat sgt. Aku pun pelik ngape org ckp lepas kawen senggugut akan hilang, or selepas melahirkan anak. Aku kawen nearly 7y dah beranak 2 dah. 1 normal, 1 czer x cukup syarat lg ke senggugut nak hilang? Da la senggugut aku ni dtg berpakej, sakit kepala,cirit birit , all in 1. Kdg sampai x tau ni skt senggugut ke skt cirbir. Adehai, klw senggugut dtg rasa mcm nak beranak je rasa. *tapi beranak lg skt la bila sampai max nk dkt deliver tu*

Klw time study dulu klw ada kelas mmg x g kelas 1st n 2nd day. Dok dlm bilik smpai pucat2 muka. Lainlah time exam mmg tpksa pegi. Tapi siaplah bekalan minyak dan ubt2an aku. Bila nak hilang gaknya.. Menopos nnti baru hlg gaknya.

Takde mood sungguh rasa, nak2 tebaca komen anon! Haih.. Nanti nak print screen nak buat 1 entry khas buat manusia itu. Pesanan penaja utk kali ni*aku..maafkan kamu.. Tolong teruskan hidup jangan sebut namaku* please la, back off lah! Msg2 umur dah byk, toksah cari dosa kering sdgkan dosa basah da sedia byk.

Rasa nak tido dah.. Esok pagi ada aktiviti. Lalalalalala
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 17, 2012

Nak share sikit ~ Harapan semoga aku boleh jadi mcm mak dia

nak jadi cam ustaz don kompom x bleh dah


Satu perkongsian yang menarik dr Prof Dr Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH.... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID;)

Sunday, April 15, 2012

Movie ~Battleship

Aku mmg nak sgt2 tengok movie ni, hari ni baru berpeluang, ni pun rasa mcm nak cari peluang sekali lg. Alahai hensome nya Lt Azri  Hopper.. I like to give 8 of 10 to this movie. Boleh search trailer movie ni and sinopsis. Sebab aku tak berapa pandai wat movie review.  Gi lah tengok filem pertama Rihanna ni even d 1st but she is so gooooood.!

lantakla nak ckp movie ni mentipu ke hape, cuma 1 jek yg aku nmpk x bape logik boleh plak dia drift kapal tu ek, mcm tarik handbreak plak. Aku tak tau mende lain.. but lt hopper is ssoooooo hensem and ohsem!

Thursday, April 12, 2012

Omelan di Malam Hari

Anak2 dah tido
Aku kalau x pkl 12 mata mmg x leh lelap.. Mood pun xde nak bernovel ke, mengemas ke mahupun menenun baju.
Nak bukak lappy pun mls psl dah gelap. Actually aku mls nak menaip kat hp panjang2 psl kecik
Tp kite tgk je la smada entri ni pnjg or setoet je
Tekak aku smkn lama smkn ada prob
Asik teringatkan "sampah" kalau msk pulak aku "mabuk" dengan bau2 ikan or ayam yg aku siang n cuci. Aku xtau cemana nak prevent. Smlm pulak hubs beli aym besar mcm aym belanda gayanya, mencuci nak buat soto je pun mengalahkan org nak wat kenduri. Lepas tu aku mkn pun dok teringat aym n aroma aym yg aku cuci, pdhal aym da selamat jd soto dah. I hate dis feeling!
Awal pagi td haziq pulak demam. Kesian dia. Tak ke sekolah pun harini. Rasanya haziq x pnh absent thn ni, I think dis is d 1st kot. Tapi aku saje la tanya kasi option kat dia "haziq nak p skolah x?" Dia jwb " haziq dah lambat ke? Jomla mama aziq nak skul" saje sbnrnya nak tgk akai jek. Tapi aku x kasi ke sekolah, pslnya kang tetiba pns tinggi kang , takpela tuang sehari. Sampai ke petang nmpknya xlah panas sgt, n now nmpk mcm dah xde demam pun. Semoga terus sihatlah hendaknya.
korang ada solution utk prob tekak aku ni x? Kalaau ada silala roger ye. Aku pregnant pun x mcmni.
Kat cni hari2 mlm hujan, sejuk la sikit *jimat bil letrik aku*
Oh esok ada 1 hari nak keje ye.
Cita2 aku weekend ni dptlah aku ngemas rumah dgn sempurna, dah seminggu "hidup seadanya" je ni. Baru umur 30 dah tak larat ngemas ats bwh, esok2 dah menopos mcmana lah gayanya ye.
Mcm2 plan nak buat weekend ni, rasa cam nak g jln2 cari mkn kat penang *ni dah lama plan asik x jd je* plan nak g jusco baru kat pengkalan nak mkn nandos. *sian aku kan? Nak mkn nandos kene naik kereta sejam lebey baru dpt*
Amni pun da start selsema. Kesianlah kat anak2 aku ni.. Kesian kat aku sama.. Xleh la nak wat plan bebukan hala. Takpela bekorban lah sekejap anak tgh kecik ni. Esok haziq ngan amni dah msk sekolah asrama bolehlah mama n papa honeymoon semula.
Rasa cam x larat nak merapu dah. Nite everybody.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, April 11, 2012

GEGAR ~Gempa Rupanya

Series.. sebelum ni kalau org ckp ada gegar2 ke apa ke. aku tak pnh rasa.
Tadi masa lepak2 ngan anak2 kat ats.. aku baring tetiba aku tgk motor *dlm game haziq* begoyang then aku tgk kipas goyang aku pun rasa badan aku goyang dlm hati kata eh.. aku pening ke? tapi dlm 10sec or more camtu aku terus dukung kedua anak aku kebawah *kuat tetiba* keluar rumah. Aku panggil hubs tapi dia kata xde gegar. Haih mesti dia ingat aku tgh mimpi berjalan neh *pelik tgk muka dia yg masa tu baru nak makan*. Sudahnya aku n anak yg keluar. *lawak tak*

Aku tunggu dia tak keluar and jiran2 pun tak keluar, ye lah kot.. aku dreaming lah gaknya. Lepas tu aku ambik hp byk status kengkawan yg ckp ada gegar disana sini. Oh ya,. im not dreaming mr hubs! Rerupanya ada earth quack kat Acheh. *aku tak tulih detail psl byk blogger tulih detail so boleh surf sana ek* Semoga mereka semua selamat .. Gitulah Tuhan kasi gegar sikit je rumah aku, blom runtuh lagi, dah takut mcmana lah kalau kiamat nanti ye?

So kesimpulannya klw jd emergency mmg aku akan selamatkan anak2 aku and HP aku! hahaha. aku capai hp masuk poket dulu then dukung anak2 *kuat weh aku* haziq 20kg amni 10kg. haa amik. dah lumrah ibu kan.. mestilah nak selamatkan anak2. Laki? hahaha.. selamatkan diri sendiri.. bukan pentingkan diri sendiri, tapi aku rasa mmg semua ibu pun mcm tu walau pun selalu kata suamilah No 1. Nasib aku ada 2 org anak. cukuplah 2 tgn nak dukung. kalau 3? rasa dukung jugak kot . tapi cemana lah gayanya.

So, janganlah dekati pantai selama48jam ni. dengar je lah amaran tsunami sentiasa. Tak rugi pun.. Adios. Semoga umat Islam dimana sahaja dilindungi Allah SWT. Amin

Word of Wednesday

Abaikan lah sarung tangan ninja haziq tu *budak ni mmg suka berkostum*
Beliau pandai merangkak membaca umur 4y. 3y plus ABC 123 -100 dah master. bukan nak tunjuk anak pandai ,ramai lg budak lagi pandai.. tapi bg aku dia anugerah aku. now sebulan lebey lagi 5y dah boleh baca newspaper dan memahami cerita. Walau mcmana pandai baca pun tp aku tetap nak dia khatam al-quran . Semoga anak ini, akan membawa aku dan suami ke syurga Insyaallah..

credit to ummi umairah yg snap pic ni masa haziq tusyen ..hihuuu